Rabu, 8 Januari 2014

ASPEK DIET DAN PEMAKANAN



               Diet dan pemakanan burung merpati amat penting untuk keseimbangan dan keperluan hidup merpati.. Spesis modena sama juga seperti spesis merpati lain, ianya memerlukan pemakanan yang seimbang untuk kelangsungan hidup.. Diet dan pemakanan ini antara salah satu penyebab yang membolehkan jangka hayat merpati lebih panjang...

               Di Malaysia, burung merpati diternak dan diberi makan jagung halus.

JAGUNG HALUS : Yang ialah jagung yang dikisar halus . Jagung ini amat sesuai diberi makan untuk diet burung.                                                                                                                        
JAGUNG KASAR : Yang kelihatan seperti sebuter jagung.Jagung saiz ini tidak sesuai untuk pemakanan 
merpati.  
JAGUNG SEDERHANA : jagung sederhana merupakan jagung yg dikisar tetapi masih lagi dianggap kasar dan jagung saiz ini boleh diberi makan kepada merpati yang dewasa.. akan tetapi tidak sesuai untuk diet anak merpati. 
JAGUNG DEBU : jagung debu seolah-olah debu atau tepung..jagung ini diberi makan kepada burung puyuh untuk proses penghasilan telur.





                 Selain jagung, diet pemakanan merpati juga perlu diseimbangkan bersama dedak. Kebiasaannya terdapat dua jenis dedak yang digunakan untuk pemakanan harian merpatu iaitu dedak gold coin 201p.. Dedak gold coin 202p yang selalu digunakan untuk pemakanan merpati amat baik untuk digunakan dalam pemakanan burung.. walaupun harganya lebih mahal dari dedak yang biasa, dedak gold coin 202p amat bagus dan berkesan untuk diet dan proses pembesaran anak burung selain proses penghasilan telur...




# jagung dan dedak perlu dicampur sekali dan disimpan di tempat kering.. jika basah, jagung tidak tahan lama serta berkulat.. selaput jagung akan kelihatan terbuka.. begitu jugak dedak yang terkena air atau diletakkan ditempat sejuk..dedak akan berkulat dan menjadi kembang selain menjadi rapuh.. dedak yang rapuh akan kelihatan seperti habuk..perlu diingat dedak sebegini tidak sesuai diberi makan kepada burung yang akan menyebabkan burung mendapat serangan penyakit...

               Selain jagung dan dedak.. terdapat juga sumber-sumber lain yang diperolehi untuk diet pemakanan burung. Antaranya biji gandung dan kacang hijau. walaupun begitu, dedak dan jagung sudah mengcukupi untuk diet keseimbangan pemakanannya.

               Bagi air minuman burung.. air paip boleh digunakan untuk minuman burung.. akan tetapi ianya boleh di campurkan dengan air sirap ayam untuk vitaman serta daya tahan penyakit.. Air sirap ini amat berkesan untuk proses pembesaran anak burung.. Semasa proses pembesaran anak burung, terdapat pelbagai serangan penyakit yang akan menggangu proses pembesaran. Cara penggunaan : titikkan air sirap kedalam bekas air burung.. dan goyang bekas air atau kacau air sehingga sekata....



                 Terdapat pelbagai aktiviti yang khusus dan penting untuk kesihatan burung... antaranya setiap petang keluarkan burung dari sangkar dan lepaskan ke ruang yang lebih besar.. Sekiranya dapat dilakukan setiap petang adalah digalakkan.. Akan tetapi melepaskan burung ke tempat yang lebih luas dalam kitaran semingu sekali sudah memadai. ini amat digalakkan kerana sangkar yang kecil meminimumkan pergerakan burung. Apabila dilepaskan ke ruang yang lebih luas, burung dapat bebas sementara waktu.. Burung menjadi tidak sihat dan murung kerana sentiasa dikurung didalam sangkar.. Selain itu, jika dilepaskan ke tempat lebih luas, burung akan mencari batu-batu halus untuk membantu proses penghadaman..

                 Jika terdapat masa terluang, sediakan bekas air yang besar untuk burung mandi.. Ini amat penting kerana terdapat kotoran pada bulu selain kutu yang terdapat pada celah-celah bulu burung. burung yang selalu diajar untuk mandi di awal usianya akan memudahkan burung untuk sendiri masuk kedalam bekas air yang disediakan...







Sabtu, 4 Januari 2014

MY MODENA - ARIF -

SEGALANYA BERMULA....

          Modena yang mula-mula arif bela... Modena Brown gazzi.. Modena ini pada mulanya arif beli dengan tauke pati di area Tok Jembal. Pati modena brown gazi yang last tauke merpati bela modena and arif yang beli..hahah..alhamdulillah rezeki..Agak2 harga masa tu masih agak tinggi n kerana minat, arif beli induk 1pasang n anak muda 1pasang..dah nak 2 tahun lepas kot..Body and warna semenangnya menarik sesiapa yg melihatnya...hahahha... Jarang dapat jumpa modena yang cantik n body agak besar.. Kadang-kadang di kedai pets yang jual burung modena agak memperlihatkan bentuk dan warna yang tak seberapa dibandingkan dengan brown gazzi. Minat mendalam sejak kecil membuatkan arif beli brown gazi walaupun masih status student..katenyee.......Spesis brown gazi banyak mendapat tempat dipasaran kerana keserasian warna yang dimilikinya...

                                                         MODENA BROWN GAZZI

                                                   


          Selepas beberapa bulan memiliki brown gazi, arif membeli modena black gazi.. Warna yang agak sepadan antara hitam dan puteh sememangnya panas dipasaran..ahaksss... arif beli black gazi d area makaf tembesu, Kuala Terengganu bersama sepupu kepada tuan empunya burung. Sampai jer...terus hati tertarik utk membeli sepasang lagi modena iaitu modena red gazi.. Modena red gazi menyerupai modena brown gazi.. Perbezaannya brown gazi  pada warna sayap dan kepalanya yang menyerupai warna brown..Ekornya pula seakan-akan pudar kelabu.. Manakala red gazi, warna pada sayap agak terang kemerahan, kepala dan ekornya berwarna hitam..  Walaupun seakan-akan sama, kedua-duanya masih menjadi kegilaan peminat modena...

                                                               MODENA BLACK GAZZI


                                                                 MODENA RED GAZZI



           Kegilaan untuk mengumpul semua warna modena agak menjadi terlalu obses setahun yang lepas ...haahha.... Mengikuti pengiklanan di mudah.my dan group merpati di facebook, arif mula berkawan dengan pengumpul modena.. Kebanyakan peminat burung khususnya ramai disebelah utara seperti di Kedah dan Pulau Pinang.. Akan tetapi, di pantai timur tidak kurang hebatnya yang juga memonopoli pelbagai spesis burung merpati..Di daerah Besut terutamanya ramai penduduk mempunyai minat mendalam  terhadap merpati yang melibatkan semua golongan umur..Tidak dilupakan di negeri Kelantan yang sememangnya agung dengan perbagai haiwan ternakan... Akir-akir ini memperlihatkan peminat merpati di sebelah selatan Malaysia juga mula membuka mata untuk sama-sama memperkembangkan hobi serta mengumpul merpati modena...
             Berkenalan dengan peminat modena memberi peluang kepada arif untuk membeli sepasang modena blue gazzi dan modena gazi bintik.. Di permulaan minat untuk membeli modena, arif amat berminat untuk membeli blue gazi. tapi hajat lambat tercapai...hahahh... akirnye....  Seorang kawan di kedah ofer sepasang bluegazi dan gazi bintik kerana tuan punya modena meninggal.. Isteri arwah meminta kawan arif di Kedah untuk menjual kepada yang berminat.. bersama-sama induk bluegazy, percuma anak blue gazy yang berumur 1 minggu. alhamdulillah...

                                                          MODENA BLUE GAZZI

      
                                                              MODENA GAZI BINTIK


                Bercerita tentang modena bar.. modena bar mempunyai dua warna iaitu modena blue bar dan red bar. modena blue bar yang arif beli dari Rawang,Selangor mempunyai bentuk badan yang agak cantik..dadanya kehadapan membentuk kepala yang besar dan ekor melentik keatas merupakan ciri-ciri asli modena yang dicari oleh penggemar modena. Modena redbar pula arif beli dari seorang pengusaha merpati dari Besut, Terengganu...Perbezaan yang dapat dilihat daripada warna 2 belang pada sayap burung.. Modena bluebar mempunyai belang hitam pada sayapnya.. Manakala redbar mempunyai belang berwarna merah pada kedua-dua sayapnye...

                                                             MODENA BLUEBAR


                                                             MODENA REDBAR


                 
                      Warna mearly pula warna yang amat jarang di biak kerana mearly dianggap warna baharu dalam dunia modena di Malaysia. Warna mearly kelihatan seolah-olah warna pink yang agak pudar.  Sayapnya mempunyai belang bar seakan-akan modena bluebar dan redbar. Arif beli modena mearly dari seorang kawan di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu... Sudah setahun membelanya tapi belum dapat rezeki... hahahh.. tuan asal empunya burung sudah tidak lagi membela burung.. Sekarang yang betina mengalami luka dikepala kerana dipatuk oleh sang juara...adehhhh.. segan hidup mati tak maoo... harap2 panjang umur lagi...

                                                               MODENA MEARLY


     
                Bercakap tentang modena argent, argent mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersendiri.. Argent juga merupakan warna baharu dalam dunia modena.. Kemegahan argent dapat dilihat dari identitinya yang menonjolkan warna kepak dalam keseluruhan warna badan burung. Argent juga terbahagi kepada beberapa warna, antaranya red argent dan yellow argent...Red argent arif beli di area Kuala  Terengganu.. Marking kepak agak cantik kerana itulah modena argent mendapat sambutan dari peminatnya...Selain bahagian bulu tengkuknya hitam berkilat.... Yellow argent pula berlainan daripada red argent. Badan yellow argent berwarna coklat (mas 10), sayapnya pula berwarna kuning pudar seolah-olah berbintik jika diperhatikan dari jarak dekat...


                                                           MODENA RED ARGENT


                               

                                                         MODENA YELLOW ARGENT



                 Modena biasa yang selalu dilihat seperti keseluruhan badan warna puteh dinamakan modena scheitti. Modena ini mempunyai pelbagai warna seperti modena white scheitti , modena black scheitti, modena yellow scheitti, dan  modena red scheitti. walaupun modena ini mempunyai warna yang tidak begitu menarik, akan tetapi warna2 ini lah yang mewujudkan dunia modena...


                                                             MODENA WHITE SCHEITTI



                                                             MODENA BLACK SCHEITTI




                                                              MODENA RED SCHEITTI



                                                     MODENA YELLOW SCHEITTI -MAS10



Jumaat, 3 Januari 2014

MODENA DARIPADA OVERSEA

MODENA ARGENT

-Modena argent merupakan modena yang mempunyai warna hitam dibadannya....Sayapnya pula berwarna coklat kemerahan. Adapun begitu, sesetengah argent yang baru dibiakkan mempunyai warna coklat atau kuning dibadan selain sayapnya berwarna pudar kuning...Warna sebegini menarik minat mengumpul dan pembiak baka untuk mendapatkan warna yang jarang-jarang kelihatan di Malaysia khususnya...



MODENA GAZZI

- Modena gazi terdapat pelbagai warna ...Warna-warna menarik telah dibiak dan dikacuk untuk mendapatkan warna yang baharu. keunikan modena gazi adalah warna badannya puteh, kepala dan sayap serta sayapnya berwarna-warni. Warna puteh dibadannnya memperlihatkan kejituan dan dramatiknya warna yang disatukan untuk menghasilkan warna baharu.



MODENA SCHIETTI

- Modena Schietti merupakan modena yang banyak terdapat di Malaysia...modena ini mempunyai perbagai warna menarik. Antara warnanya ialah warna kuning (mas10), merah, puteh, hitam, bluebar dan redbar.. warna2 ini kelihatan warna biasa.akan tetapi warna-warna ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Persepsi sesetengah individu terhadap warna yang digemari membolehkan warna-warna biasa ini masih hangat dipasaran...



NEW MODENA

- Modena baru muncul seiring dengan zaman serba membangun dalam bidang penternakan yang mempamerkan kemunculan modena baharu yang membunyai pasaran dan permintaan yang agak tinggi dikalangan peminat modena. Warna-warna baharu muncul mempelbagaikan lagi himpunan warna-warna yang sedia ada. warna baru mewujudkan kesinambungan perkembangan modena yang lebih meluas.



MODENA PICTURE - IN PAIRS


MODENA PICTURE - GROUPED





SEMBANG MODENA

MODENA INTRODUCTION :
          MODENA MERUPAKAN MERPATI YANG DIBERI NAMA SEMPENA WILAYAH MODENA DI ITALY.SELAIN ITU TERDAPAT JUGA MODENA YANG BERASAL DARI PERANCIS. MERPATI INI MULA DIKENALI SEJAK KURUN KE-13 DAN POPULASINYA BERKEMBANG ABAD KE-18. PERKEMBANGAN BURUNG INI DAPAT DILIHAT KE BEBERAPA NEGARA-NEGARA SEHINGGAKAN DIKENALI ENGLISH MODENA DAN GERMAN MODENA.
         TERDAPAT PERLBAGAI JENIS KETEGORI MODENA, ANTARA YANG TERKENAL ADALAH MODENA GAZZI YANG DIKETEGORIKAN SPESIS ENGLISH MODENA YANG BERASAL DARI INGGERIS. MODENA GAZZI DIKENALI OLEH RUPA BADANNYA PUTEH, DAN KEPALA, SAYAP SERTA EKORNYA BERWARNA WARNI.BURUNG INI SEMEMANGNYA TERKENAL DENGAN SIFATNYA YANG MENARIK KERANA TERDAPAT KEPELBAGAIAN WARNA DAN BENTUK BADANNYA. BENTUK BADANNYA KELIHATAN AGAK BULAT, DADA YANG AGAK LEBAR, KEPALA BULAT TANPA JAMBUL. SELAIN ITU SAYAP DAN EKORNYA YANG TERANGKAT TINGI. SIFATNYA YANG AGRESIF SELAIN AKITF DALAM SETIAP GERAK GERINYA
           MODENA MERUPAKAN SPESIS MERPATI PEDAGING.....INI KERANA, BENTUK BADAN MODENA YANG AGAK GEMUK DAN BERISI MENJADIKAN MERPATI INI DIBIAK UNTUK MENDAPATKAN DAGINGNYA...MODENA SEBENARNYA SPESIS MERPATI YANG TERMASUK SPESIS MUDAH DIBIAK DAN SENANG UNTUK DIPELIHARA SEBAGAI HOBI. TERDAPAT PERLBAGAI JENIS KETEGORI MODENA, ANTARA YANG TERKENAL IALAH MODENA GAZZI YANG DIKETEGORIKAN SPESIS ENGLISH MODENA YANG BERASAL DARI INGGERIS. MODENA GAZZI DIKENALI DENGAN BADANNYA PUTEH SERTA KEPALA, SAYAP DAN EKORNYA BERWARNA WARNI...