-Modena argent merupakan modena yang mempunyai warna hitam dibadannya....Sayapnya pula berwarna coklat kemerahan. Adapun begitu, sesetengah argent yang baru dibiakkan mempunyai warna coklat atau kuning dibadan selain sayapnya berwarna pudar kuning...Warna sebegini menarik minat mengumpul dan pembiak baka untuk mendapatkan warna yang jarang-jarang kelihatan di Malaysia khususnya...
MODENA GAZZI
- Modena gazi terdapat pelbagai warna ...Warna-warna menarik telah dibiak dan dikacuk untuk mendapatkan warna yang baharu. keunikan modena gazi adalah warna badannya puteh, kepala dan sayap serta sayapnya berwarna-warni. Warna puteh dibadannnya memperlihatkan kejituan dan dramatiknya warna yang disatukan untuk menghasilkan warna baharu.
MODENA SCHIETTI
- Modena Schietti merupakan modena yang banyak terdapat di Malaysia...modena ini mempunyai perbagai warna menarik. Antara warnanya ialah warna kuning (mas10), merah, puteh, hitam, bluebar dan redbar.. warna2 ini kelihatan warna biasa.akan tetapi warna-warna ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Persepsi sesetengah individu terhadap warna yang digemari membolehkan warna-warna biasa ini masih hangat dipasaran...
NEW MODENA
- Modena baru muncul seiring dengan zaman serba membangun dalam bidang penternakan yang mempamerkan kemunculan modena baharu yang membunyai pasaran dan permintaan yang agak tinggi dikalangan peminat modena. Warna-warna baharu muncul mempelbagaikan lagi himpunan warna-warna yang sedia ada. warna baru mewujudkan kesinambungan perkembangan modena yang lebih meluas.
MODENA PICTURE - IN PAIRS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan